Mesti anda pernah tengok iklan-iklan di kaca TV atau sosial media pada larut malam dimana iklan tersebut mengambarkan seorang lelaki warga emas sedang berjalan-jalan di pantai bersama dengan wanita muda dan cantik dalam suasana yang sangat romantik. Senyuman paling indah terukir sambil mata bertentang mata.
Dalam masa yang sama mesti anda terfikir "Boleh ke warga emas tu melayan kehendak seksual wanita tu?" sambil tergelak kecil mengenangkan boleh lagi ke "Boboi" tu naik. 😁😂.
Kegagalan Ereksi (Mati Pucuk) atau dalam Bahasa Inggeris adalah Erecticle Dysfunction. Ianya terjadi apabila "boboi" gagal ereksi dengan baik dalam menjalani keperluan seksual. Kita mungkin gelak melihat iklan tersebut dan anda harus berwaspada kerana MATI PUCUK boleh mendorong kepada masalah kesihatan yang sangat serius.
Kebanyakan terjadi adalah dari faktor peningkatan usia dimana 22% bagi golongan berumur 60tahun keatas dan 30% golongan 70 tahun keatas. Tidak semestinya faktor usia menjadi punca utama, ada juga dari usia muda sudah mempunyai masalah Mati Pucuk.
ANDA KENA TONTON VIDEO NI SAMPAI HABIS SEKIRANYA RISAU DENGAN MASALAH MATI PUCUK !!!
5 Punca Utama Mati Pucuk
1. Masalah Kesihatan
Masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung juga boleh menyebabkan Mati Pucuk. Secara fakta sakit jantung melibatkan isu kardiovaskular dimana memang mengganggu sistem saraf alat sulit. Kegagalan darah sampai melalui salur darah dalam badan dipercayai menjadi punca utama Mati Pucuk. Diabetik dan masalah buah pingang juga boleh menjadi penyebab Mati Pucuk.
2. Perubatan
Pengambilan ubat-ubatan yang mempunyai kadar dadah yang tinggi juga boleh menyebabkan terjadinya Mati Pucuk . Ada sesetengah ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan.
3. Gangguan Emosi
Pernahkah anda bergaduh dengan pasangan? Mesti pernah kan? Dalam tempoh bergaduh tu agak-agak boboi tu naik ke? Susah kan. Pengawalan emosi juga penting bagi menangani masalah Mati Pucuk.
4. Pilihan Gaya Hidup
Gaya hidup yang sihat boleh mempengaruhi juga. Pengambilan rokok, alkohol dan obesiti juga boleh menyebabkan Mati Pucuk.
5. Kecederaan Fizikal
Ada juga kes ini terjadi disebabkan oleh kecederaan fizikal. Mungkin ada yang pernah kemalangan atau melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan dan menyebabkan sistem saraf gagal berfungsi dengan baik.


