Simpanan
Sekarang banyak bantuan dari kerajaan dan moratorium dari bank selama 6 bulan, pastikan duit tu semua simpan sikit dalam akaun terutamanya bayaran untuk bank.Perbelanjaan
Belanjalah dengan berkhemah. Jangan boros dan jangan kedekut sangat. Setiap transaksi jual beli tu dapat membantu ekonomi kita dan negara.
Kurangkan barang yang kita tak guna
Duduk kat rumah tu, bolehla kemas barang2 lama tu. Kalau tak pakai dan masih berguna, boleh jual kepada yang memerlukan. Secara tak langsung, dapat duit lebihan untuk simpanan kita.
Insuran/takaful
Jangan berhenti dari membayar, kita bukan sahaja sedang berperang dengan ekonomi tapi dengan virus yang sedang menular sekarang ni. Pastikan insuran/takaful anda terus aktif.
Hospital kerajaan dah penuh dan sibuk dengan Covid-19 ni. Kalau ade insuran, boleh terus ke hospital swasta.
iLestari RM500
Walaupun anda masih bergaji macam biasa, lebih baik keluarkan duit tu. Kita tak tahu ape yang akan terjadi selepas Covid-19 ni terutama sekali dari segi ekonomi.
Jadi duit ni anda boleh guna sebagai dana kecemasan. KECEMASAN yang betul-betul kecemasan bukan sentiasa CEMAS
Jangan tambah hutang
Minimumkan hutang anda sebanyak mungkin. Elakkan dari memohon hutang baru, lagi lagi sekarang ni banyak yang offer pinjaman dengan interest yang rendah. Tolong elakkan, jangan nanti menyesal kemudian hari.
Besarkan Salur Pendapatan
Tempoh PKP yang lama ini adalah peluang anda untuk belajar bisnes sambilan, walaupunanda takde basic untuk bisnes, inilah peluang anda untuk belajar dan buat. Tak rugi mana pun sebenarnya.
Terakhir sekali, siap siagakan ekonomi anda, kukuhkan dan kurangkan liabiliti. Kita tak tahu apa akan jadi 6 bulan akan datang.
#stayathome #kitajagakita
Anda boleh hubungi saya di talian Whatsapp +60127759767 sekarang
untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut.

